Thursday, 4 August 2011

Laporan sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) Koperasi SMK. Dato’ Mohd Yunos Sulaiman Pontian Bhd. 2011

Dari 20 Jun 2011 hingga 30 Jun 2012,Lembaga Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yunos Sulaiman (SMKDMYS) Pontian Berhad telah mengadakan beberapa program untuk menyambut sempena Hari Koperasi Sekolah. Antara program yang telah dijalankan ialah perhimpunan (sesi pagi dan sesi petang) ,Program Penanaman Herba, Pembersihan kawasan kantin dengan enzim sisa dapur, sudut bacaan dan kuiz HKS serta bazar koperasi.
Perhimpunan HKS SMKDMYS telah dirasmikan oleh Puan Hjh. Rohayah Binti Haji Bajuri selaku Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yunos Sulaiman. Aktiviti yang diadakan dalam perhimpunan termasuk pelancaran Gimik, pembacaan utusan, menyanyi lagu ’Semangat Koperasi’, menonton video klip HKS 2010 dan pengedaran tanda ingatan HKS – ballpen. Di dalam program ini,seramai 1500 orang pelajar dan 5 orang guru anggota koperasi telah terlibat.Program perhimpunan ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua pihak tentang pentingnya HKS tujuan mengadakannya.
Program pendidikan yang diadakan ialah penyediaan infor di pondok-pondok sekolah dan kuiz HKS. Selain itu pihak kami menerima penyertaan yang begitu ramai dalam aktiviti kuiz HKS. Hadiah-hadiah (alat tulis dan makanan ringan – kuiz HKS) telah diberikan kepada para pemenang demi berterima kasih kepada penglibatan pelajar yang aktif. Lebih kurang 50 orang AJK Koperasi terlibat dalam aktiviti pendidikan ini.
Manakala untuk aktiviti ekonomi pula, bazaar koperasi telah diadakan. Memandangkan hari demikian juga merupakan Hari Sukan Sekolah kepada SMKDMYS, jadi, pihak koperasi telah mengadakan projek demikian untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Yuran pendaftaran RM20 dikenakan terhadap peserta yang berminat. Jualan tertinggi yang diperoleh pada hari berkenaan ialah sebanyak RM631.00. Dari aktiviti ini, pelajar dapat membelajari cara memproleh stok peniagaan, cara mengurus gerai, cara melayan pelanggan dan mengira keuntungan.
Aktiviti sosial yang dijalankan pada tahun ini ialah pembersihan kawasan kantin SMKDMYS dengan enzim sisa dapur. Jumlah peserta yang terlibat dalam aktiviti ini ialah seramai 20 orang pelajar dan guru koperasi. Kawasan longkang yang tersumbat sebelum ini telah dibersihkan dan seterusnya boleh mengelakkan kawasan tersebut daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Dengan adanya program-program ini, semua ahli koperasi sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain tidak kira sama ada pelajar mahupun guru.

Perhatian : Laporan bergambar dalam bentuk CD
Gambar-gambar telah diproses dalam video klip.
Penyata kewangan sambutan HKS 2010
Pendapatan (RM)
Perbelanjaan (RM)
Jualan kuiz 25.00
Tanaman herba 80.00
Bazaar koperasi 140.00
Kuiz dan sudut bacaan 15.00

Perbelanjaan lain (alat tulis dll) 10.00

Perhimpunan + edaran 1250.00


Rugi 1190.00

1355
1355

No comments:

Post a Comment