Thursday, 4 August 2011

Program Perasmian Sempena Hari Koperasi

Pada 20 Jun 2011,Lembaga Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yunos Sulaiman berhad telah mengadakan beberapa program sempena Hari Koperasi Sekolah. Antara program yang telah dijalankan ialah Program Perasmian Sempena Hari Koperasi. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Rohayah Binti Haji Bajuri selaku Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yunos Sulaiman.
Di dalam program ini, ia telah di adakan di dalam dewan Harmoni. Perasmian ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan juga sesi petang. Dalam program terdapat bacaan watikah dari yang Di Pertuan Angkasa pada sesi pagi, watikah itu telah dibaca oleh seorang pelajar lelaki iaitu Mohd Faizul Bin Abd Aziz . Selepas itu, tayangan video pelancaran aktiviti yang akan dijalankan yang dikendalikan oleh Leong Keng Soon dan Tan Yen Jun.
Sebelum bacaan watikah yang kedua, Cik Tumirah Binti Sean telah memberi sedikit taklimat kepada pelajar tentang koperasi. Bacaan watikah yang kedua di baca oleh Muhamad Azamuddin Bin Mohd Tahir. Selepas bacaan watikah tayangan video pelancaran aktiviti sekali lagi ditayangkan. Selepas video ditayangkan maka Hari Koperasi telah dirasmikan dan beberapa program telah dijalankan selama 10 hari. selain itu, semua anggota koperasi telah menerima tanda ingatan HKS 2011.
Dengan adanya program ini,semua ahli koperasi sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain tidak kira sama ada pelajar mahupun guru.
Disediakan oleh: 4 JULAI 2011

No comments:

Post a Comment